Rupa dan Jiwa: Pengenalan
Assalamu'alaikum.
a
Blog 'Rupa dan Jiwa' ini terinspirasi dari sebuah pameran seni rupa yang telah berlangsung di Universiti Malaya pada tahun 1979. Ia telah meninggalkan impak besar dalam perkembangan bidang seni rupa negara dan menjadi titik tolak kepada para seniman, budayawan dan ahli akademik dalam usaha mencari akar tradisi dan jati diri kesenian Melayu.
a
Pameran yang unik dan penting ini telah dikendalikan oleh Syed Ahmad Jamal yang ketika itu merupakan Pengarah Muzium Seni Asia telah mempersembahkan lebih 500 artifak kesenian Melayu yang telah dikumpulkan dari seluruh pelusok tanah air. Sebahagian besar bahan pameran tersebut kini menjadi koleksi Muzium Seni Asia. Sebuah katalog yang padat maklumat dan penuh 'makna' juga telah diterbitkan bersempena pameran ini. Pada tahun yang sama juga seminar 'Akar-akar Peribumi dan Perkembangan Kini' telah dijayakan oleh Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara turut meninggalkan kesan yang mendalam.
Baca Lagi>>
a
Baca Lagi>>
a
'Rupa dan Jiwa' turut diterbitkan dalam bentuk buku mewah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1992. Manakala pada tahun 1993, Balai Seni Lukis Negara telah menganjurkan sebuah pameran berjudul 'Rupa dan Jiwa: Kesinambungan Tradisi dalam Seni Rupa Malaysia Sezaman'. Pameran ini merupakan suatu usaha untuk menjambatani kesenian Melayu tradisi dalam konteks seni rupa sezaman dan kontemporari. 'Rupa dan Jiwa' dalam ertikata yang lain telah menggerakkan para seniman, budayawan dan ahli akademik dalam bidang seni rupa untuk melestarikan kesenian Melayu dalam konteks jati diri kebangsaan.
a
Blog 'Rupa dan Jiwa' ini hanyalah merupakan catatan kecil seorang pencinta seni. Semoga ianya menjadi jambatan yang dapat menghubungkan jalinan masa silam demi menongkah arus masa hadapan. Segala bentuk komen, saranan mahupun kritikan amatlah dialu-alukan.
a
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan